Kali ini kisah seram mengenai sebuah rumah penginapan yang dikenali sebagai Villa Nabila. Tempat ini dikatakan agak menyeramkan. Jom ikuti beberapa versi cerita mengenai tempat ini, Villa Nabila :

Versi #1 – Terdapat satu
keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan
si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang
bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta
ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.




Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita
ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah
Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 – Villa ni
sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli
perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si
suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang
adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah
dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan
adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah
mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami
tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut
berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada
yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras,
lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami
tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa
tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga
logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana
lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine
Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi
ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi.
Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an
villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai
orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong.
Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang
dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang
akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang
jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 - Versi
terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita,
dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina.
Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian
dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya.
Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa
tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.
Melayukini.net










0 comments:
Post a Comment